GIVEAWAY AKHIR TAHUN HASRULHASSAN.COM

GIVEAWAY AKHIR TAHUN HASRULHASSAN.COM
GIVEAWAY AKHIR TAHUN HASRULHASSAN.COM | Blog baru ni buat lagi aku makin semangat nak menulis dan berpena. Sejujurnya aku ada satu lagi blog, tapi menggunakan perantara WordPress sebagai Utama. Tapi yang ni aku menggunakan sepenuhnya Blogspot untuk launch blog baru ni. 

Disebabkan blog baru ni, aku nak cuba join satu GiveAway Akhir Tahun dari Sifu Blogger Hasrul Hasssan. Memang dah lama aku follow perkembangan beliau. Tentu korang nak tahu, apa pendapat aku tentang beliau. Jadi jangan baca sekerat jalan, sila baca sampai habis. 

GiveAway Akhir Tahun HasrulHassan.com 

Mengenai Tuan Hasrul Hassan


Pertama kali aku mengenali beliau, masa aku join Sepetang Bersama Blogger Anjuran DenaiHati Network, waktu tu di Putrajaya. Beliau memberi satu perkongsian yang penuh bermakna, dari situ aku terdetik nak mengenali beliau secara silent-reader. Rupanya aktif sejak tahun 2010 lagi. 

Secara diam-diam aku mengikuti perkembangan beliau, dan aku banyak belajar tips blogger dari blog beliau sendiri. Termasuk gaya penulisan, cara penyampaian sesuatu cerita melalui blog beliau sendiri. Lagi pulak HH tidak kedekut ilmu untuk berkongsi dengan semua. Termasuk pelbagai tips temuduga, berniaga, keluarga semuanya aku banyak membaca dari blog beliau. 

Selain Tips Blog, dari blog beliau, aku banyak belajar tentang ilmu affiliate. Yes! walau aku bekerja makan gaji, tapi blog adalah sumber pendapatan ku secara sampingan untuk membantu keluarga kecilku. 

Satunya yang buat aku kagum dengan beliau, adalah HH menjadikan blog sebagai 100% sumber pendapatan beliau. Dan buat aku semakin bermotivasi ingin menjadi seperti beliau suatu hari nanti. Blog HH sangat simple, mudah dibaca dan 100% friendly kemas. Sebab tu aku suka masuk blog beliau kerana susunan. 

Jujur aku kata, memang 100% ilmu yang aku dapat untuk blogspot blog ni dari blog tuan HH. Aku berani gelarkan dia Sifu Blogger sebab itu sememangnya layak. Aku selalu mesej dan banyak bertanya tentang blog dekat beliau. Tapi dia balas dan memberi segala tips dan ilmu berguna tu buat aku kagum dan sememangnya beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan layak digelar sifu blogger dikalangan kita semua. 
Sehingga kini aku memang menjadi silent-reader untuk membaca segala perkongsian beliau. Harapan aku semoga Tuan HH sentiasa dimurahkan rezeki dan maju jaya. Terima kasih diatas perkongsian ilmu-ilmu blogger dan tips-tips berguna buat blog baru nak meningkat naik seperti saya. 

admin

10 thoughts on “GIVEAWAY AKHIR TAHUN HASRULHASSAN.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *