PERTAMA KALI MAKAN BUDU DAN SINGGANG DI WAN MAT SEAFOOD HULU LANGAT

PERTAMA KALI MAKAN BUDU DAN SINGGANG DI WAN MAT SEAFOOD HULU LANGAT
PERTAMA KALI MAKAN BUDU DAN SINGGANG DI WAN MAT SEAFOOD HULU LANGAT | Harini berjaya pujuk encik suami, katanya teringin nak makan Singgang, tapi tadi ada jugak survey harga dengan bertanya kawan-kawan. Tapi kedai yang dimaksudkan tu berada di tengah Kuala Lumpur. Tapi harganya boleh tahan cekik darah jugak. 

Restoran Wan Mat Seafood Hulu Langat
Teringat pula, ada satu kedai berhampiran dengan rumah ni, ada jual set singgang ikan kembung. Buat ayat sedih terus suami bawakan. Tapi 50/50 kami main terjah je, sedap atau tidak belakang kira. Terletak berhampiran masjid batu 14, dan laluan utama ke Bukit Ampang. Tapi kedai makan yang aku maksudkan ni, memang dah selalu pergi. Masakan pun boleh tahan sedap. 

Singgang Kelantan Jadi Pilihan

Perkataan pertama terkeluar dekat mulut, bila pelayan tanya adalah “Singgang” terus dia syorkan suruh ambil singgang 1 set sahaja. Mula ingat biasa-biasa rupanya memang sangat meriah. Tak tahu nak cakap sebab set singgang ni kami order boleh makan 3-4 orang tau. 

Set Singgang Ikan Kembung Kelantan
Kalau aku sebut harga, RM30 satu set korang mesti tak percaya, Sebab dengan angka RM30 tu, dalam satu set disediakan, Ulam ( Kacang Botol & Petai sepapan), Budu, Ikan Rebus Goreng, Daging Goreng Kunyit ( Tak Cukup Sepinggan ) Semangkuk besar Singgang Ikan Kembung dan 2 set nasi putih. Rasanya kalau korang tengok pun terkejut. 

Singgang Ikan Kembung
Ikan Rebus Goreng 

Ulam Kacang Botol Dan  Petai | Daging Goreng Kunyit 
Mengalah Dengan Suami Dipaksa Makan Budu

Bila dah siap cuci tangan tu, terus asben meluru ke aku, lepas baca doa makan terus dia cabar aku makan budu. 3 kali aku tengok dia makan sampai cicah tak ingat orang belakang. Sebab aku bukan orang pantai timur, hidup aku cuma ada sambal kicap dan sambal belacan je. Budu memang tolak ke tepi.

Budu Ni Memang Padu Dan Sedap

Tapi! Suami suruh makan jugak, akhirnya akur. Lepas colek dengan ikan rebus bila ngap je! Terus blank dalam kepala. Sedap rupanya masam-masam masin, pedas sebab laki aku hancurkan cili. Tapi serius memang sedap tau. Lepas ni boleh simpan stok budu kat rumah. 


Cara Nak Ke Kedai Wan Mat Seafood, Hulu Langat  

Korang boleh waze je nama kedai ni, confirm jumpa. 20 minit dari Kuala Lumpur kena lalu Bukit Ampang untuk sampai ke sini. Yang mana dari Kajang boleh exit dekat Batu9. Dan mereka yang naik MRT boleh turun di MRT Sri Raya dan ambil grab kat situ. Jujur aku nak bagitahu, memang berbaloi bawa keluarga makan kat kedai tu sebab sedap, padu dan harga berpatutan.

Restoran Wan Mat Seafood
( Ikan Bakar & Western Food )
Batu14, Hulu Langat 


admin

9 thoughts on “PERTAMA KALI MAKAN BUDU DAN SINGGANG DI WAN MAT SEAFOOD HULU LANGAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *